22 Aug 2011

PILIHANRAYA - JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN, Serabut betoi la PR ni!!!!!!!!!!

Keputusan kerajaan menubuhkan satu Jawankuasa Khas Parlimen (Parliament Select Committee) untuk mengkaji dan menambahbaik sistem proses pilihanraya oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan pada 15 Ogos 2011 yang lalu dengar kata PR tetap tak berpuashati.

Apa dah jadi PR ni. Dulu kalah alasan pilihanraya tak telus, kotor dan jijik. Bila BN tubuh JK reformasi pilihanraya untuk jamin keadilan, PR ni banyak songeh la pulak, banyak syarat yang diletakkannya.., memang betui la orang kata huruf PR tu mewakili P…..Perosak…. R……Rakyat… jadi pikir-pikir kan lah!!!!!!
 
Ade ke patut PR nak jadi ketua Jawatankuasa..tak lojik langsung..tak masuk akai. Kalau BN tak boleh jadi ketua..mereka pun tak boleh la..sebab depa semua ahli parti politik. So, patut cari orang yang neutral..tak berpihak mana-mana. Baru adil..baru bersih.

Pas tu..sibuk nak panggil orang luar untuk siasat hal dalam kelambu kita.. bengong betul la. Awat..negara asal badan audit bebas yang PR nak pilih tu tak dak masalah langsung ka..tah-tah lebih teruk dari Malaysia. Awat la suka sangat dok heboh-heboh kat orang luar ni…mcm buka pekung di dada la pulak. Rasanya banyak lagi la badan-badan bebas kat Malaysia ni yang boleh jadi pemerhati pilihanraya. Kalau sekoq pun dah tak ada yang layak…bermaksud termasuk ahli PR semua adalah orang yang tidak adil dan tidak bersih.

Sampai bila la PR ni nak sedaq… berpolitik tu berpolitik la jugak..tapi jangan sampai kerana nyamuk sekoq, habis kelambu dibakar atau menang sorak tapi kampong tergadai. Fikir-fikirkan lahhh…