28 Sept 2011

TENTERA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA


PULARIS BANTU WARGA EMAS

TEMERLOH: Penuntut Kursus Geraksaraf Perangsaraf (GSPS) dari Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) menganjurkan program gotong royong khas membersihkan Rumah Sejahtera Kampong Bangau, Temerloh, Pahang yang menempatkan warga emas kebanyakannya menderita penyakit yang memerlukan penjagaan rapi.
Program yang dilaksanakan pada 9 Julai 2011 itu telah dirasmikan oleh ADUN Mentakab iaitu Dato’ Chuah Boon Seong melibatkan 20 penuntut Geraksaraf Perangsaraf, 15 penuntut Bahasa Manderin, 10 orang Jurulatih yang diketuai sendiri oleh Leftenan Kolonel Abu Hashim bin Jamaludin Komandan Pusat Latihan Perisikan dan turut dibantu oleh beberapa penduduk setempat.
Acara yang dilaksanakan ini tepat pada masanya kerana ianya membantu menaikkan imej Tentera Darat dan sekaligus memberi gambaran yang positif kepada masyarakat setempat.
Dengan adanya program sebegini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga tentera dan penduduk setempat. Ianya seharusnya diteruskan dari masa kesemasa bagi menggambarkan bahawa  Tentera Darat sentiasa prihatin terhadap individu yang memerlukan bantuan dan perhatian.
Program yang dianjurkan ini juga secara tidak langsung melatih dan menguji penuntut sejauhmana kemampuan mereka dalam usaha memenangi minda penduduk setempat serta apakah pendekatan yang boleh diambil bagi menjayakan sesuatu acara atau program geraksaraf seumpama ini.




Rumah sejahtera dipilih adalah disebabkan ianya belum pernah menerima kunjungan dari mana-mana pihak tentera untuk program sebegini. Langkah yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Perisikan amat bertepatan dengan  tema bahawa “Tentera Dan Rakyat Berpisah Tiada”.


27 Sept 2011

MENGEMBALIKAN NOSTALGIA ORANG ASLI DALAM PROJEK JIWA MURNI TD

Celoreng pada pakaian seragam Tentera Darat (TD) yang mengaitkan dengan hutan belantara sudah cukup untuk menterjemahkan betapa tugas mereka dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara meskipun sehingga ke titisan darah terakhir.
Namun,pasukan itu tidak sekali-kali meminggirkan tanggungjawab sosialnya dalam member bantuan kepada rakyat tanpa perlu menghunus benet atau laras M-16,termasuk meredah hutan memasuki kampong yang terletak jauh di pedalaman,semata-mata untuk menghampiri penduduk yang menghadapi kesulitan. Ini termasuk masyarakat Orang Asli yang turut tersenarai sebagai insane yang perlu dibantu TD menerusi Projek Jiwa Murni,sekali gus menterjemahkan konsep masyarakat penyayang. Justeru itu,setiap kali ‘turun padang’ membantu masyarakat tugas pasukan keselamatan itu bukan swekadar membina jambatan runtuh atau sekolah serta surau buruk,malah objektifnya adalah lebih luas daripada itu.

projek jiwa murni phn di kampung orang asli pulau indah pada 20 apr 11 gambar 15Mereka juga mempromosi kerjaya ketenteraan kepada masyarakat Orang Asli setempat pada kempen yang dianjurkan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM. Turut turun padang adalah anggota Rejimen Askar Jurutera DiRaja(RAJD) yang membina kolam takungan air di penempatan berkenaan untuk bekalan air bersih. Turut diadakan sempena majlis perasmian atu adalah program berkhatan disertai 10 kanak-kanak Orang Asli berusia 10 dan 12 tahun serta gotong- royong mengecat banguna  tadika. Hakikatnya,hubungan di antara masyarakat Orang Asli dan TD bermula sejak lama dulu ketika negara diancam komunis pada era 1960-an hingga pengganas menyerah kalah pada 1989. Pasukan keselamatan pula melaksanakan Operasi Geraksaraf bagi memenangi hati Orang Asli supaya menyokong kerajaan dan pasukan keselamatan.
Diharap Program ini dapat mengekalkan hubungan akrab penduduk setempat dan tenter yang amat menghargai sumbangan Orang Asli dalam memperjuangkan keamanan melalui kerjasama ketika operasi rondaan di hutan satu amsa dulu. Kerjasama dan sokongan dari seluruh rakyat,termasuk masyarakat Orang Asli kepada pasukan tentera perlu ditingkatkan bagi menjamin keamanan berterusan. Program itu juga nyata mengeratkan semula hubungan Orang Asli dan tentera,sekali gus menyuntik perubahan sikap dikalangan masyarakat berkenaan.
 
Masyarakat di luar menganggap Orang Asli sebagai pemalu,panas baran dan enggan bekerjasama,tetapi perubahan sikap berlaku sedikit demi sekikit yang banyak dibantu hasil usaha Jabatan hal Ehwal Orang Asli(JHEOA). Program anjuran pihak tenter ini antara usaha murni yang bukan saja member kemudahan dan keselesaan kepada Orang Asli setempat,tetapi mewujudkan peluang untuk mereka berinteraksi dengan orang luar.





DIMANA HILANGNYA BELIA CINA MENYERTAI BADAN UNIFORM


            Masyarakat cina perlu mengikis persepsi lama mengenai latihan ketenteraan yang dianggap sebagai mendera sehingga menyebabkan mereka kurang berminat menyertai askar wataniah dan pasukan sukarela beruniform. Masyarakat cina perlu bersama memikul tanggungjawab mempertahankan Negara kelahiran mereka.

            Setakat ini,jumlah kaum cina yang menyertai dalam askar wataniah dan pasukan sukarela beruniform adalah amat sedikit. Hanya ada 200 pegawai dan 3,000 anggota berbangsa cina daripada 38,000 askar wataniah di negara ini. Mereka perlu mencuba dulu menyertai latihan ketenteraan dan selebihnya terpulang pada diri sendiri. Mempertahankan negara memerlukan komitmen setiap bangsa untuk kebaikan negara.

            Bagi pelajar cina yang berada di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta juga diingatkan tidak menjadikan penyertaan dalam pasukan askar wataniah  sebagai batu loncatan untuk lulus pengajian atau menambah markah jam kredit. Kebanyakan pelajar cina yang menyertai latihan askar wataniah ketika di universiti  tidak berminat meneruskan pasukan sukarela setelah tamat pengajian

            Pembabitan aktif berlainan kaum dan agama mampu meningkatkan perasaan muhibah sekali gus menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme yang amat penting dalam usaha mempertahankan dan mengekalkan keamanan dan kemajuan negara. Usaha-usaha harus dipertingkatkan bagi menarik lebih ramai penyertaan dalam Palapes daripada pelbagai kaum kerana program latihan ketenteraan yang berteraskan semangat kerjasama dan setia kawan yang erat.

            Pihak kerajaan turut berusaha menaikan elaun anggota sukarela ATM bagi menggalakan lebih ramai orang awam menyertai pasukan sukarela..

TENTERA BERSAMA RAKYAT

PERAK: 2 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) laksanakan projek jiwa murni di Sekolah Kebangsaan Jelai, Taiping bagi mengeratkan hubungan siratulrahim antara guru dan para pelajar sekolah dengan anggota tentera pada 25 Sep lalu.

Pegawai Pemerintah, Mej Nozri Senawi berkata, projek seumpama ini diteruskan dari semasa ke semasa dan mengenalpasti kawasan di pedalaman jauh terpinggir dari segi penbangunan dan perkembangan dunia luar.

Projek ini melibatkan seorang pegawai dan 50 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) untuk kerja-kerja membaiki bangunan sekolah yang usang dan membersihkan kawasan persekitaran sekolah.

Tentera Bersama Rakyat (TBR) adalah satu langkah untuk merapatkan hubungan pihak tentera dengan masyarakat awam.

Diharap adanya projek seperti ini kerjasama pihak tentera dan masyarakat awam akan terjalin dengan baik di samping itu projek ini juga melambangkan keperihatinan pihak tentera terhadap institusi pendidikan yang m e l a h i r k a n warganegara Malaysia
yang berilmu.

TENTERA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

TEMERLOH: Penuntut Kursus Geraksaraf Perangsaraf (GSPS) dari Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) menganjurkan program gotong royong khas membersihkan Rumah Sejahtera Kampong Bangau, Temerloh, Pahang yang menempatkan warga emas kebanyakannya menderita penyakit yang memerlukan penjagaan rapi.
Program yang dilaksanakan pada 9 Julai 2011 itu telah dirasmikan oleh ADUN Mentakab iaitu Dato’ Chuah Boon Seong melibatkan 20 penuntut Geraksaraf Perangsaraf, 15 penuntut Bahasa Manderin, 10 orang Jurulatih yang diketuai sendiri oleh Leftenan Kolonel Abu Hashim bin Jamaludin Komandan Pusat Latihan Perisikan dan turut dibantu oleh beberapa penduduk setempat.
Acara yang dilaksanakan ini tepat pada masanya kerana ianya membantu menaikkan imej Tentera Darat dan sekaligus memberi gambaran yang positif kepada masyarakat setempat.
Dengan adanya program sebegini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga tentera dan penduduk setempat. Ianya seharusnya diteruskan dari masa kesemasa bagi menggambarkan bahawa  Tentera Darat sentiasa prihatin terhadap individu yang memerlukan bantuan dan perhatian.


Program yang dianjurkan ini juga secara tidak langsung melatih dan menguji penuntut sejauhmana kemampuan mereka dalam usaha memenangi minda penduduk setempat serta apakah pendekatan yang boleh diambil bagi menjayakan sesuatu acara atau program geraksaraf seumpama ini.
Rumah sejahtera dipilih adalah disebabkan ianya belum pernah menerima kunjungan dari mana-mana pihak tentera untuk program sebegini. Langkah yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Perisikan amat bertepatan dengan  tema bahawa “Tentera Dan Rakyat berpisah tiada".