28 Sept 2011

TENTERA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA


PULARIS BANTU WARGA EMAS

TEMERLOH: Penuntut Kursus Geraksaraf Perangsaraf (GSPS) dari Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) menganjurkan program gotong royong khas membersihkan Rumah Sejahtera Kampong Bangau, Temerloh, Pahang yang menempatkan warga emas kebanyakannya menderita penyakit yang memerlukan penjagaan rapi.
Program yang dilaksanakan pada 9 Julai 2011 itu telah dirasmikan oleh ADUN Mentakab iaitu Dato’ Chuah Boon Seong melibatkan 20 penuntut Geraksaraf Perangsaraf, 15 penuntut Bahasa Manderin, 10 orang Jurulatih yang diketuai sendiri oleh Leftenan Kolonel Abu Hashim bin Jamaludin Komandan Pusat Latihan Perisikan dan turut dibantu oleh beberapa penduduk setempat.
Acara yang dilaksanakan ini tepat pada masanya kerana ianya membantu menaikkan imej Tentera Darat dan sekaligus memberi gambaran yang positif kepada masyarakat setempat.
Dengan adanya program sebegini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga tentera dan penduduk setempat. Ianya seharusnya diteruskan dari masa kesemasa bagi menggambarkan bahawa  Tentera Darat sentiasa prihatin terhadap individu yang memerlukan bantuan dan perhatian.
Program yang dianjurkan ini juga secara tidak langsung melatih dan menguji penuntut sejauhmana kemampuan mereka dalam usaha memenangi minda penduduk setempat serta apakah pendekatan yang boleh diambil bagi menjayakan sesuatu acara atau program geraksaraf seumpama ini.




Rumah sejahtera dipilih adalah disebabkan ianya belum pernah menerima kunjungan dari mana-mana pihak tentera untuk program sebegini. Langkah yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Perisikan amat bertepatan dengan  tema bahawa “Tentera Dan Rakyat Berpisah Tiada”.


27 Sept 2011

MENGEMBALIKAN NOSTALGIA ORANG ASLI DALAM PROJEK JIWA MURNI TD

Celoreng pada pakaian seragam Tentera Darat (TD) yang mengaitkan dengan hutan belantara sudah cukup untuk menterjemahkan betapa tugas mereka dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara meskipun sehingga ke titisan darah terakhir.
Namun,pasukan itu tidak sekali-kali meminggirkan tanggungjawab sosialnya dalam member bantuan kepada rakyat tanpa perlu menghunus benet atau laras M-16,termasuk meredah hutan memasuki kampong yang terletak jauh di pedalaman,semata-mata untuk menghampiri penduduk yang menghadapi kesulitan. Ini termasuk masyarakat Orang Asli yang turut tersenarai sebagai insane yang perlu dibantu TD menerusi Projek Jiwa Murni,sekali gus menterjemahkan konsep masyarakat penyayang. Justeru itu,setiap kali ‘turun padang’ membantu masyarakat tugas pasukan keselamatan itu bukan swekadar membina jambatan runtuh atau sekolah serta surau buruk,malah objektifnya adalah lebih luas daripada itu.

projek jiwa murni phn di kampung orang asli pulau indah pada 20 apr 11 gambar 15Mereka juga mempromosi kerjaya ketenteraan kepada masyarakat Orang Asli setempat pada kempen yang dianjurkan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM. Turut turun padang adalah anggota Rejimen Askar Jurutera DiRaja(RAJD) yang membina kolam takungan air di penempatan berkenaan untuk bekalan air bersih. Turut diadakan sempena majlis perasmian atu adalah program berkhatan disertai 10 kanak-kanak Orang Asli berusia 10 dan 12 tahun serta gotong- royong mengecat banguna  tadika. Hakikatnya,hubungan di antara masyarakat Orang Asli dan TD bermula sejak lama dulu ketika negara diancam komunis pada era 1960-an hingga pengganas menyerah kalah pada 1989. Pasukan keselamatan pula melaksanakan Operasi Geraksaraf bagi memenangi hati Orang Asli supaya menyokong kerajaan dan pasukan keselamatan.
Diharap Program ini dapat mengekalkan hubungan akrab penduduk setempat dan tenter yang amat menghargai sumbangan Orang Asli dalam memperjuangkan keamanan melalui kerjasama ketika operasi rondaan di hutan satu amsa dulu. Kerjasama dan sokongan dari seluruh rakyat,termasuk masyarakat Orang Asli kepada pasukan tentera perlu ditingkatkan bagi menjamin keamanan berterusan. Program itu juga nyata mengeratkan semula hubungan Orang Asli dan tentera,sekali gus menyuntik perubahan sikap dikalangan masyarakat berkenaan.
 
Masyarakat di luar menganggap Orang Asli sebagai pemalu,panas baran dan enggan bekerjasama,tetapi perubahan sikap berlaku sedikit demi sekikit yang banyak dibantu hasil usaha Jabatan hal Ehwal Orang Asli(JHEOA). Program anjuran pihak tenter ini antara usaha murni yang bukan saja member kemudahan dan keselesaan kepada Orang Asli setempat,tetapi mewujudkan peluang untuk mereka berinteraksi dengan orang luar.