27 Sept 2011

DIMANA HILANGNYA BELIA CINA MENYERTAI BADAN UNIFORM


            Masyarakat cina perlu mengikis persepsi lama mengenai latihan ketenteraan yang dianggap sebagai mendera sehingga menyebabkan mereka kurang berminat menyertai askar wataniah dan pasukan sukarela beruniform. Masyarakat cina perlu bersama memikul tanggungjawab mempertahankan Negara kelahiran mereka.

            Setakat ini,jumlah kaum cina yang menyertai dalam askar wataniah dan pasukan sukarela beruniform adalah amat sedikit. Hanya ada 200 pegawai dan 3,000 anggota berbangsa cina daripada 38,000 askar wataniah di negara ini. Mereka perlu mencuba dulu menyertai latihan ketenteraan dan selebihnya terpulang pada diri sendiri. Mempertahankan negara memerlukan komitmen setiap bangsa untuk kebaikan negara.

            Bagi pelajar cina yang berada di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta juga diingatkan tidak menjadikan penyertaan dalam pasukan askar wataniah  sebagai batu loncatan untuk lulus pengajian atau menambah markah jam kredit. Kebanyakan pelajar cina yang menyertai latihan askar wataniah ketika di universiti  tidak berminat meneruskan pasukan sukarela setelah tamat pengajian

            Pembabitan aktif berlainan kaum dan agama mampu meningkatkan perasaan muhibah sekali gus menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme yang amat penting dalam usaha mempertahankan dan mengekalkan keamanan dan kemajuan negara. Usaha-usaha harus dipertingkatkan bagi menarik lebih ramai penyertaan dalam Palapes daripada pelbagai kaum kerana program latihan ketenteraan yang berteraskan semangat kerjasama dan setia kawan yang erat.

            Pihak kerajaan turut berusaha menaikan elaun anggota sukarela ATM bagi menggalakan lebih ramai orang awam menyertai pasukan sukarela..

No comments: