27 Sept 2011

TENTERA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

TEMERLOH: Penuntut Kursus Geraksaraf Perangsaraf (GSPS) dari Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) menganjurkan program gotong royong khas membersihkan Rumah Sejahtera Kampong Bangau, Temerloh, Pahang yang menempatkan warga emas kebanyakannya menderita penyakit yang memerlukan penjagaan rapi.
Program yang dilaksanakan pada 9 Julai 2011 itu telah dirasmikan oleh ADUN Mentakab iaitu Dato’ Chuah Boon Seong melibatkan 20 penuntut Geraksaraf Perangsaraf, 15 penuntut Bahasa Manderin, 10 orang Jurulatih yang diketuai sendiri oleh Leftenan Kolonel Abu Hashim bin Jamaludin Komandan Pusat Latihan Perisikan dan turut dibantu oleh beberapa penduduk setempat.
Acara yang dilaksanakan ini tepat pada masanya kerana ianya membantu menaikkan imej Tentera Darat dan sekaligus memberi gambaran yang positif kepada masyarakat setempat.
Dengan adanya program sebegini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga tentera dan penduduk setempat. Ianya seharusnya diteruskan dari masa kesemasa bagi menggambarkan bahawa  Tentera Darat sentiasa prihatin terhadap individu yang memerlukan bantuan dan perhatian.


Program yang dianjurkan ini juga secara tidak langsung melatih dan menguji penuntut sejauhmana kemampuan mereka dalam usaha memenangi minda penduduk setempat serta apakah pendekatan yang boleh diambil bagi menjayakan sesuatu acara atau program geraksaraf seumpama ini.
Rumah sejahtera dipilih adalah disebabkan ianya belum pernah menerima kunjungan dari mana-mana pihak tentera untuk program sebegini. Langkah yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Perisikan amat bertepatan dengan  tema bahawa “Tentera Dan Rakyat berpisah tiada". 

No comments: