PULARIS BANTU WARGA EMAS
Program yang dilaksanakan pada 9 Julai 2011 itu telah dirasmikan oleh ADUN Mentakab iaitu Dato’ Chuah Boon Seong melibatkan 20 penuntut Geraksaraf Perangsaraf, 15 penuntut Bahasa Manderin, 10 orang Jurulatih yang diketuai sendiri oleh Leftenan Kolonel Abu Hashim bin Jamaludin Komandan Pusat Latihan Perisikan dan turut dibantu oleh beberapa penduduk setempat.
Dengan adanya program sebegini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga tentera dan penduduk setempat. Ianya seharusnya diteruskan dari masa kesemasa bagi menggambarkan bahawa Tentera Darat sentiasa prihatin terhadap individu yang memerlukan bantuan dan perhatian.
Program yang dianjurkan ini juga secara tidak langsung melatih dan menguji penuntut sejauhmana kemampuan mereka dalam usaha memenangi minda penduduk setempat serta apakah pendekatan yang boleh diambil bagi menjayakan sesuatu acara atau program geraksaraf seumpama ini.
Rumah sejahtera dipilih adalah disebabkan ianya belum pernah menerima kunjungan dari mana-mana pihak tentera untuk program sebegini. Langkah yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Perisikan amat bertepatan dengan tema bahawa “Tentera Dan Rakyat Berpisah Tiada”.